010111

Salam Pembuka Tirai 2011...

^__^

apa azam aku tuk taon nih yer???
aku tak pasti yg lain2. cuma yg aku harap taon nih aku dpt pekerjaan tetap.
tu jer azam utama aku tuk taon nih.

nk jadi

WORK-A-HOLIC


leh tak???
hahahahaha....
tu aku rasa merapu la sket. heheh...


p/s : aku masih pencari keja tegar...oOOoOoohh~~



Penutup 2010

Salam Penghujung Tirai 2010...

jam menunjukkn tepat 23:00 pm ketika aku mula menujah2 papan keyboard tuk mengarang entri kali nih. (2 bulan skali br nk hapdet blog. apa punya tur!!)

masa berlalu dgn begitu pantas. pejam celik pejam celik, dh hujung taon pon. nk masuk pulak 2011. kehidupan seharian pulak ada pasang surutnya. sama jugak dgn kehidupan seharian aku. tahon 2010 byk meninggalkn kisah suka duka tuk aku. sama ada dari segi kerjaya, keluarga, percintaan, persahabatan dan macam2 lg.

perjuangan harus diteruskn. walaupon banyak perancangan yg tidak kesampaian, kita harus sedar bahawa Allah itu Maha Besar. kita hanya merancang, tetapi Allah yg akan menentukan. dan apa yg Allah tentukan itu adalah antara yg terbaik drpd apa yg kita rancang. Allah Maha Mengetahui. sesungguhnya kita sbg hamba Allah terdapat banyak kekurangan dan kita juga sentiasa diuji dgn pelbagai rintangan & halangan.

celik mata, lihatlah dunia. berusaha selagi terdaya, putus asa bukan caranya.

"Ya Allah Ya Tuhanku...Engkau permudahkanlah segala urusan kami. Engkau jauhilah kami drpd sifat2 mungkar. Engkau peliharalah kami drpd sifat2 keji yg boleh melalaikn kami. Sesungguhnya hanya Engkaulah Yang Maha Agong lagi Maha Mulia. Engkau murahkanlah rezeki kami, berkatilah kehidupan seharian kami Ya Allah.."

semoga 2010 yg berlalu menjadi pengajaran dan 2011 yg menanti menjadi cabaran serta mematangkn kita semua. Insyaallah...



Kekasih...

Salam...

Dengan nama Tuhan yang penuh Ketinggian kumulakan surat cinta ini. Semoga kemurahan Tuhan sentiasa melimpah-ruah dalam cinta kita.

Kekasih..

Buat sekian kalinya aku titipkan surat ini buatmu. Begitulah jua keadaan jiwa dan perasaanku. Tidak pernah reda daripada gelora cinta yang memukul pantai hati. Aku kehabisan kata untuk digambarkan betapa perasaan rindu ini buatkan aku lupa pada sesuatu. Kadang-kadang aku lupa hari apakah hari ini? Kerana hatiku penuh dengan rindumu. Fikiranku penuh dengan gambaran wajahmu.

Kekasih..

Aku ingin sekali menebus segala rinduku disetiap pertemuan kita. Namun, rindu lama tidak sempat terlerai telah terbeban dengan segunung rindu yang baru. Terlalu sukar untuk aku hapuskan rindu ini dari hatiku walaupun dirimu berada dipangkuanku, rinduku tetap membara. Setiap kali menatap wajahmu, setiap kali itulah rinduku semakin hangat dan cintaku semakin mekar. Betapa aku kalut dalam melayani kerenah rindu ini.

Kekasih..

Wujudkah ubat untuk menghilangkan rindu di hati ini? Walau selalu kutatap gambar-gambar kenangan kita, rindu ini tetap tidak mahu pulang walau beratus kali gambar-gambarmu kutatap, namun begitulah aku.

Hati kecilku ini masih tidak mampu untuk menanggung dugaan rindu ini. Entahlah? aku sering berdoa dan berharap agar ada suatu masa yang dapat aku lunaskan segala rindu dan dendam yang terbuku di hati ini.

Kekasih..

Aku masih ingat kata-katamu, jika rindu lihatlah pada bintang-bintang. Carilah bintang yang paling bersinar dan ketika itu pasti aku tahu bahawa aku juga turut dirindui.

Saat bersamamu buat aku cukup bahagia. Pujuk rayumu buat aku lupa segala keresahan dan masalah kehidupan yang aku hadapi. Ingin sekali aku berada disamping mu sentiasa. Namun keadaan tidak mengizinkan aku berbuat demikian.

Kekasih..

Sekarang ini aku penat memikul janji cinta kita. Namun aku bahagia kerananya. Dan aku benar-benar tidak sabar untuk menanti hari yang menghalalkan aku segalanya keatasmu. Dan doaku, moga Tuhan masih sudi untuk merahmati umur dan nyawaku sehingga ke saat itu. Hanyalah dirimu kekasihku...



Pilihan pasangan mestilah tepat kerana akhlak anak-anak akan diwarisi
dari ibubapanya. Rasulullah mengingatkan dengan sabdanya bermaksud”
Pilihlah (pasangan) yang baik untuk tempat memproses nutfah (benih) kamu
kerana akhlak ibu dan bapa akan menurun (terwaris) kepada anaknya
-riwayat At-Tirmizi



Tag by Cik Lavendra...

Salam....dh lama kot aku tak kena tag.
tenkiu so much to Cik Fyra Lavendra for dis Tag..=)

1. Name 1 person who made u laugh last night??
# both of my Little bro

2. What were you doing 1 hour ago??
# laughing with my brothers..heheh...

3. What was the last thing you said out loud??
# laughing ( laughing tu cakap ke???whatever lah...hahah..)

4. Where's the next place you're going to??
# bed!!!

5. What was the last thing you paid for??
# Nescafe Original n Dentyn Bluebery

6. Where were you last night??
# India....watching Komanwel..heheh...

7. What's the best ice-cream flavour??
# choc chips + vanila...yummy~~~

8. Do you wanna cut your hair???
# emmm......(tak cukup masa nk jawab..heheh..)

9. Do you love to 'melatah'??
# LOVE???? tak kot...tp kadang2 ada la jugak tershashul..heh...

10. If that so (melatah), what will you said out loud??
# bergantung kpd keadaan n situasi. kadang2 terkeluar ayat yg dlm hati. heheh...

11. What does the last text-msg received say??
# Jap yer...

12. Will you get married in the future??
# Dengan izin Allah...

13. Do you chew your straw??
# kadang iyer, kadang tak...

14. Do you make-up your own words??
# heeheheh.....

15. Is there anyone you like/ love right now??
# yup..

16. Tag to other 5 blogger/ more :
# Cik Pijah Pelangi
# Cikgu Fazlie
# Si Bed
# Cik L.A.I.L.A
# Cik Adik Sarah Hejo


Sama Tapi Tak Serupa

Salam...

mlm nih aku agak kebosanan...n kerajinan nk tulis entri baru....heh..

siang td aku kn outstation last minit...br semlm dpt col, aku kn settlekn keja kat ipoh. nk tak nak, terpaksa la pegi. maklum la, org bawahan jer kan...folo jer la apa org atas suh wat..tp bukan pasal keja sebnrnya aku nk citer. tp pasal kisah malam nih. heheh...

aku smpi umah td dlm kul 8.33 p.m camtu la...masuk2 jer umah, aku nmpk adik 2nd aku, faqqar pki bj warna hijau gelap dok tgk tv. aku sengeh je la. ekceli tu sebnrnya baju abah aku time abah keja polis hutan dl. bj tu dh brapa hari dok atas meja takde sapa sentuh pon. bj baru, still dlm plastik n ada 3 helai.
then masuk lak bilik, aku nmpk adik aku yg 1st, ayie pki bj yg sama gak. hish...budak2 nih boria ka apa??? aku tgk atas meja ada lg 1 still dlm plastik...tetb terasa nk join boria depa 2 tu...
trus la aku g mandi n pki baju yg sama gak...t-shirt hijau polis hutan...

dh macam askar la pulak bila sumer pki bj yg sama. hahahaha...tergelak tiga2 org dlm bilik...hahahah...aku lak yg terpengaruh ngan depa 2...apa punya kakak..hik3~~
tp aku tak kesah pon. aku suka ja kawan ngan adik2 aku 2 org tu...heh..sok kita p shopping ek..beli Ho Ho Ho Horlick kat Tesco. gaji aku dh masuk.muahahaha~~~




___________________________________________________________

p/s : trus hilang penat keja n tekanan jiwa bila leh gelak kuat2..hihih...^__^


Malam Pertama...

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tib a duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....


Antara Lelaki & Wanita

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita relax saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya Si lelaki lagi dengan penuh angkuh dan bersemangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadis juga rakan sejawat kami. Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. "

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola.

Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam,belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimami satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus beberapa kawan wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri -sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan seperti mana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki.

*pesanan utk bakal laki sayer..kt mne pon awak berader..saper pon awak..xkesah r..asalkan laki..sayer nk jd makmum awak..nk aminkan doa awak..xpndai doa arab pon xper..sayer pon xpaham..doa bm sudaa..asalkan eklas..laju jer sayer aminkan..=P

awak doa sayer aminkan..sayer masak awak makankan..jgn kutok2..sayer blajo masak yer..=)



Related Posts with Thumbnails

About Me

My Photo
Sg. Petani, Kedah Darul Aman, Malaysia
juz a simple girl. but of course i have feelings.. maybe a little sensitive and still in control. hate to make other people angry coz i hate when people angry wit me. i love to make friends...(^_^)

My YM

ONLINE